Tuesday, April 11, 2017

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2017


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melepaskan konvoi skuad sukarelawan Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JBP) 2017 di Seri Pentas pagi ini, sebagai simbolik pra pelancaran ekspedisi itu ke seluruh negara mulai Sabtu ini.

Program aspirasi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan menjelajah ke 54 lokasi, termasuk Sabah dan Sarawak dengan matlamat mencari pelajar Bumiputera yang tercicir ke universiti atau kolej kemahiran berpeluang melanjutkan pelajaran mereka.



Program diterajui Pengerusi Jawatankuasa Induk JBP, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga bekas Naib Canselor UiTM mensasarkan tiga matlamat iaitu mencari, mengenalpasti dan membantu. Sasaran JBP 2017 adalah untuk mencari kumpulan yang kurang berkemampuan di luar bandar, pendalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan tagline #inilahpeluangku, JBP 2017 mensasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung ke semua 54 lokasi yang telah ditetapkan dengan matlamat mendapat 100,000 prospek. Kali ini , sebanyak 20 IPTA dan 12 Kolej kemahiran menyertai JBP 2017 dengan sokongan padu dari Jabatan Perdana Menteri, KKLW, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.



No comments:

Post a Comment