Wednesday, April 26, 2017

JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2


Dari Bera, kami meneruskan penjelajahan ke Temerloh yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 45 minit. Bagi lokasi kedua ini, Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) ini telah berlangsung di Dewan Sri Mentakab, Temerloh, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Prof Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar yang merupakan pengerusi JPB Malaysia.



Walaupun majlis ini bermula jam 2.00 petang akan tetapi pengunjung telah memenuhi dewan tersebut lebih awal terutamanya mereka yang masih menunggu keputusan SPM untuk melihat pameran dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS.



Terima kasih juga saya ucapkan kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMS, Pn. Khuzaimah dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En. Fuad kerana sudi meluangkan masa membantu team promosi pada hari tersebut.




Monday, April 17, 2017

PERASMIAN JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah daripada agensi awam dan swasta. 
Selesai upacara perasmian tersebut, Ketua Pengarah JPP dan JPKK sempat mengunjungi booth politeknik sambil meramah mesra dengan staf dan pelajar PMS. Beliau juga sempat melihat pameran dan hasil kerja pelajar PMS yang berada di booth tersebut.
#Soaring Upwards

KARNIVAL JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2017

Lebih kurang jam 8.30 pagi, rombongan 2 buah bas yang terdiri dari staff dan pelajar PMS sampai ke tapak pameran. Para pengunjung pula sudah mula membanjiri tapak pameran di Padang Majlis Daerah Bera.
Masih ada lagi peralatan pameran yang dibawa pada pagi itu oleh staf dan pelajar. Diantara barang yang dipamerkan adalah kereta lumba dari JKM. Hasil kerja pelajar dari JTMK dadn JRKV. Tidak ketinggalan pakaian scuba dari JPH.
Tidak ketinggalan Tn Pengarah PMS dan Ketua Jabatan Mekanikal mengambil kesempatan untuk mempromosikan Politeknik dan beramah mesra dengan pelajar dan ibubapa yang turut hadir pada majlis tersebut. Secara keseluruhannya booth politeknik telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka yang mengunjungi Karnival Jelajah Pendidikan Bumiputera pada kali ini.

Sunday, April 16, 2017

PERSIAPAN BOOTH JPB 2017

Pihak Politeknik Muadzam Shah telah dilantik oleh pihak JPP untuk membuka booth pameran dan promosi pada Majlis Perasmian Karnival Jelajah Pendidikan Bumiputera yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Bera yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Berikut adalah pelan tapak karnival tersebut diadakan dan kami diberi tapak booth 20' x 20' yang mana persiapan lengkap harus dijalankan.

Konvoi kami bertolak pada 15.3.2017 jam 5.00 petang dari Politeknik Muadzam Shah yang terdiri dari pensyarah dan pelajar bersama dengan sebuah lori yang sarat dengan peralatan pameran, sebuah van juga yang penuh dengan peralatan dan keperluan bagi pameran berserta sebuah kereta. Jam 9.00 malam, kami telah memulakan operasi menghiasi booth dengan segala peralatan yang ada sehingga jam 11.00 malam.


Tuesday, April 11, 2017

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2017


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melepaskan konvoi skuad sukarelawan Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JBP) 2017 di Seri Pentas pagi ini, sebagai simbolik pra pelancaran ekspedisi itu ke seluruh negara mulai Sabtu ini.

Program aspirasi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan menjelajah ke 54 lokasi, termasuk Sabah dan Sarawak dengan matlamat mencari pelajar Bumiputera yang tercicir ke universiti atau kolej kemahiran berpeluang melanjutkan pelajaran mereka.



Program diterajui Pengerusi Jawatankuasa Induk JBP, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga bekas Naib Canselor UiTM mensasarkan tiga matlamat iaitu mencari, mengenalpasti dan membantu. Sasaran JBP 2017 adalah untuk mencari kumpulan yang kurang berkemampuan di luar bandar, pendalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan tagline #inilahpeluangku, JBP 2017 mensasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung ke semua 54 lokasi yang telah ditetapkan dengan matlamat mendapat 100,000 prospek. Kali ini , sebanyak 20 IPTA dan 12 Kolej kemahiran menyertai JBP 2017 dengan sokongan padu dari Jabatan Perdana Menteri, KKLW, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.